TIG 200 ACDC Pulsed
TIG 200 ACDC Pulse merupakan mesin kimpalan yang boleh dipercayai dan serba guna, sesuai untuk kegunaan profesional dan bengkel. Beroperasi dalam mod TIG (AC) menggunakan gas argon, mesin ini menghasilkan arka yang stabil dan licin, terutamanya untuk kimpalan aluminium. Ujian menunjukkan ia mampu mengimpal aluminium dengan ketebalan sekitar ±5mm dengan penembusan yang baik dan kemasan kimpalan yang kemas.
Mesin ini menyokong fungsi TIG biasa, TIG berdenyut (pulsed) dalam mod AC dan DC, memberikan kawalan haba yang lebih baik serta mengurangkan herotan bahan. Pilihan gelombang AC (square, sine dan triangle) membolehkan pengguna menyesuaikan kimpalan mengikut keperluan. Selain itu, mod pembersihan untuk keluli tahan karat membantu meningkatkan kualiti dan kebersihan kimpalan.
Secara keseluruhan, TIG 200 ACDC Pulse telah siapkan kerja dengan sempurna.
Jan 20,2026